Wednesday, March 25, 2015

Krabi - Struggle and The Vacation Continued (Day 3 and 4)

Day 3

Hari ini beberapa kawan2 aq pulang ke tanah air sebab ada 'emergency case' .
Tapi nak buat camner diorang terpaksa balik, takkan nak tahan diorang kan ? hahaha.
Diorang terpaksa amek early cab dalam 5AM waktu tempatan utk ke airport sbb diorang dah booking flight paling awal . jadi sikit la kumpulan kami , hahaha .
takpe , yang penting selebihnya terpaksa meneruskan program seperti yang dirancang .

Hari ini program kami bukanlah laut mahupun pantai .
Tapi, program darat yang menunggu kiteorang . Haha . Let's go !


Program yang dirancangkan adalah :
  • Hot Springs
  • Emerald Pool (Sa Morakot) dan Blue Pool 
  • Elephant Trekking

harga untuk semua aktiviti-aktiviti ini ialah 900 Baht termasuk van ngan driver (Boleh refer entri Krabi hari pertama).

Hotspring Waterfall

Geng yang Tinggal (Dari Kiri : Aq, Faiz, Panjang, PakTam)

Blue Pool

Blue Pool
Emerald Pool

Elephant Trekking

Menjelang petang selepas seharian berjalan ke main attraction diorang dekat Krabi Town maka pulanglah kami ke hotel . Letih dan seronok , itulah yang dapat digambarkan .

Disebabkan malam hari ke-3 ni merupakan hari terakhir kiteorang kat krabi , kenelah manfaatkan sebaik mungkin . So , Night Market dekat krabi Town la ~ (Sebenarnye nak tgk org jual cengkerik, lipan goreng yang kat Youtube tu) . jadi mandi2 , siap2 . maka bergeraklah kite ke night market yang mengambil masa dalam 30 minit . 

*Aq ade attach-kan skali video sepanjang perjalanan kesana , korang bole la tengok2 dengan menggunakan moto yang kiteorang sewa tu . hahaha . 



Off to Krabi Night Market !

Hajat untuk melihat bende2 pelik yang dijual dekat night market diorang tidak kesampaian , sebab xde yang jual . hahahaha . It's Okay la tu .  Dah selesai jelajah + takluk night market diorang , maka , pulanglah kami ke hotel untuk free activites sampai ke lewat malam (ada yang pergi jenjalan kat tepi pantai , enjoy last moment dekat krabi dan lain2) 



Day 4

Masuk hari terakhir yang tidak dianggap sebagai hari didalam percutian sebab kiteorang terpaksa amik flight AirAsia 8AM waktu tempatan . bangun pagi pukul 4 lebih dengan muka mata xcukup tido sebab enjoy late night activities, siap2 dan van pickup kiteorang dari hotel lalu ke airport . Itu shaja bole digambarkan untuk hari ke-4 .

Percutian yang menyeronokkan , untuk korang yang ingin kesana ataw tidak pernah pergi kesana sebelum ini , aq syorkan korang pergi . most local people dekat sana adalah muslim . so jangan risau tentang makanan dan minuman diorang (walaupun ad bar , club . alahh , standard la malaysia negara islam pon ade bar dan club . hahaha) . Maka , tamat lah percutian sekumpulan anak muda dari malaysia di krabi .

So long Krabi , wonderful place as it is .

Regards,
Amir

No comments:

Post a Comment