Selamat Pagi Krabi !
Memang 'segar' mata aq hari ni, dah la xtido dr mlm td sbb game Manchester United VS Arsenal la.
Mmg pening la jap ag. Hahahaha .
Tour utk ke Phi-Phi Island pukul 8 pagi, Van akan pick kiteorg dr hostel pukul 8AM Waktu Krabi utk ke Phi-Phi Island.
Sebelum bertolak kiteorg sempat breakfast di kedai makan terdekat (berhampiran 7-Eleven), sbb xcukup masa nk lari kedai makan yg jauh skit.
So, breakfast aq pg ni ialah Mee Goreng versi Thai, pelik skit mee diorang kalu kite malaysia punye mee kuning die berbentuk silinder panjang, tp thailand punye die mcm mee kuey teow, tp masak mee goreng, unik. Rasa die ? biasa2 je. campur skit ayam goreng dan minuman die air suam.
Harga die 80 Baht. Mahal tu ! harga malaysia ade la RM8, Mee Goreng + Ayam Goreng + Air Suam. Xpelik sbb kiteorg foreigner kn, std la. Kat Malaysia pon ade kedai charge mahal dkt foreigner, tp kiteorg complain gak la sesama kiteorg, sbb dah la mknn biasa2, pastu charge mahal. Hahaha.
Dah Habis makan, smua dah kenyang, kiteorg balik ke hostel utk tggu van kiteorg.
Sebelum bertolak, Groufie dulu. Dari Kiri : Aku, Shahrul, Hanif, Ijat, Faiz, PakTam, Panjang |
Sebenarnya, bukanlah van nama dia, org panggil Tuk-Tuk, tp tuk-tuk yang kiteorg naik ni agak besar, sbb nk bwk muatan besar skit. So, dah sampai, kiteorg pon naek.
Inilah keadaan kami Didalam Tuk-Tuk |
mmg best la naik tuk-tuk ni, pengalaman yg awesome.
Setelah beberapa minit pick-up penumpang dr beberapa hostel/hotel, kiteorg smpai ke Pantai utk amek speed boat ke krabi. Sorry, xde gmbar sbb bajet bateri phone.
Smua group berkumpul utk diagih2kan kumpulan mengikut tag, kiteorg dpt tag kaler pink. aww gitu. hahaha. group kiteorg no.1. Kiteorg die beri arahan oleh tour island guide kiteorg, Leornado nama die, kah kah kah, kelakar org die, syg xde gmbar, awesome guide by awesome ppl.
berjalan hampir 10minit dr pantai ke speed boat, kiteorg pon naik dan terus menuju ke Phi-Phi Island!
Ini map Phi-Phi Island (Sumber Google) seperti dibawah :
Klik Gambar utk Bagi Besar |
So, Our first stop is 'KOH KAY YAI'
xbyk nak diceritakan, biarlah gambar berbicara, aq mmg xamek angin ngn view sbb tertenggek kt tepi pantai utk amek masa tido kejap2. hahaha.
Lawakan? mmg besar sungguh Ciptaan-Nya.
Banyak foreigner berjemur kt pantai ni. aq? mmg xla, aq nk jaga kulit, jgn bg sunburned ! hahaha.
diberi masa 20minit oleh Leornado kiteorg utk bersantai2 kat pantai ni sebelum bertolak ke destinasi seterusnya.
Memang hilang mood aku kat sni, mengantuk weii. Dari Kiri : Aku, Shahrul, Ijat, Hanif (berdiri), Paktam, Faiz |
Takde pape pon kat sni, xbole nk menjejak kaki kt tmpt ni, Boat akan berhenti berhadapan dgn tempat ni dan kiteorg hanya bole tgk view dr boat sahaja. Viking Cave Phi Phi Leh ni ialah tmpt org asli Thai mencari hasil pendapatan diorang dgn mengutip sarang burung layang-layang.
Ini info yang aku dapat tentang tempat ini dr sumber blog len (Link) :
"Kaum Cina suka akan sarang burung layang-layang (Seekor keluarga burung layang-layang, seringkali dikelirukan dengan burung layang-layang yang biasa) dimana dapat meningkatkan kelelakian seseorang. Burung-burung ini bersembunyi daripada pemangsa, dilindungi didalam gua.
Untuk mencapat sarang burung ini, Pengumpul harus lah menggunakan perancah buluh rapuh."
Next Destination ! 'THE BEACH AT MAYA BAY'
Ini tempat agak crowded, xbesar mana pon pantai kt Maya Bay ni, tp mmg sesak, sampai Boat yg dah drop penumpang kat pantai ni kene kluar parking boat kt tmpt len, bg laluan boat yg lain utk menurunkan penumpang mereka.
Macam biasalah aq, carik port utk tido, yang lain sedang bergembira, selfie bagai, aq lena diulik angin pantai. panas, panas gak. tp mata mmg dh bengkak, tambah plak pening efek mabuk laut, sbnrnye aq xmabuk laut, tp disbbkan xtido mlm, efek tu jd mcm mabuk laut, senang cite migrain la, ape plak mabuk laut, tak jantan la. hahaha.
Ramai kan ? memang sardin dekat sini. |
Sebelum menjelang waktu makan tengah hari, kiteorg disajikan dgn satu lagi tmpt iaitu
'FEEDING MONKEYS AT KOH PHI PHI DON'
mcm biasa gak style die dkt Viking Cave tu, kiteorg xdpt nk menjejakkan kaki, bkn ape, nama pon monyet. ade yang liar dan jinak. kalu yg jinak tu ok le, dpt yg liar? hahaha.
Inilah dia view Monkeys Island at Koh Phi Phi Don |
LUNCH at PHI-PHI DON
Makan pon nk cerita ke? macam biasa lah, makan tengah hari. perut mmg lapar. ade silap makan jap ag kang. Hahaha.
Memang superb lauk kt sni, mcm2 lauk, so lauk aq amek, nasi putih, kuah tomyam, fishcat, fishball masak tomato.
Lunch kiteorg termasuk dlm pakej, so xkluar duit le. Hehehe.
SNORKELING SESSION
Perut pon dah kenyang, mata pon agak segar skit, kami meneruskan aktiviti dengan Snorkeling, pfft ~
Ini adalah aktiviti terakhir sebelum bergerak pulang ke pantai.
ade tragedi xbest kt sni, dah la pening2 lalat, xpernah snorkeling, cuba2 utk snorkeling kt sni.
mcm bese la pkai life vest, suit with snorkeling gear, beberapa saat je dalam air, terus naik, terminum air masin, untung ad brader tu tolong aq, kalu x, hahahaha. lupekan.
memang best sbnrnye utk sape2 yg pro snorkeling ni, tp tidak bagi aq. hahaha.
Dua kali snorkeling session ni, aq dah lupe tempat die, dan xde gmbar sbb kebanyakan bateri dah low.
Selesai Sudah aktiviti Phi-Phi Island Tour. Selepas Snorkeling terakhir, kami bergerak pulang.
Argh, mmg lega, sbb memang dah mabuk habis ni. mmg nk jumpe katil je skrg ni.
mendarat dkt tmpt dimana kami berlepas, sepanjang jalan tu, ade satu org jual gmbar2 candid yg diambil sepanjang tour kami, eh, ade gambar aq. agak kewl skit candid aq ni, aq pon sambar satu, siap frame pasir lg tu. Harga dalam 100 Baht.
Selesai ? bergerak pulang ke hostel menggunakan Tuk-Tuk yg kami datang tu. Yeah. tido2.
Sampai je Hostel, mata aq xbole lelap. hahaha. memang terbaik la ~
Siang menanti senja, Senja menati malam, Malam menanti waktu makan kami. Hahaha.
Waktu mkn mlm kami kali ni agak berbeza drpd mlm sebelumnya, kiteorg street food dkt area2 pantai Ao-Nang tu.
Menunya, Nasi goreng Daging (50 Baht) + Ayam Percik (50 Baht) + Air Coke (20 Baht) = 120 Baht
Mmg mahal skit la, sbb aq ade add-on menu, ayam percik, mmg mahal la jwbnye. hahaha.
Inilah Street Food @ Ao-Nang. Sumber : Google.com |
Inilah Street Food @ Ao-Nang. Sumber : Google.com |
Selesai je makan kami bergerak ke street shop dkt Ao-nang ni smpai tengah malam. Memang best amik angin malam. ini baru nama nya bercuti.
Add : malam ke-2 ni adalah malam terakhir bagi Hanif, Shahrul sebab diorang planning cuti 3h 2m je. Ijat jugak last night, sbb dpt emergency call dr kampung, terpaksa kejar flight pagi esok, saing Hanif ngn Shahrul. Sedih, tp nk wat cmner.
No comments:
Post a Comment