Wednesday, November 22, 2017

日本へようこそ | Nihon e youkoso | Welcome to Japan

こんにちは、みんな 。ははは / Konnichiwa , Minna / Salam Semua

So kali ni dimulakan nafas baru selepas lama berehat dari menulis blog ni . Bukan apa , blog ni pon dicipta untuk berkongsi pengalaman aku melancong ke destinasi pilihan , luar atau dalam Malaysia bukanlah tajuknya . Tapi , destinasi . Hahaha . Power ayat .

Entri kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku di Tokyo , ibu negeri bagi negara Jepun / Japan / Nihon / 日本 selama 8 hari disana . First time jejak , memang apa yang aku expect kat jepun tu mmg out of expectation seh . Gerek beb tempat diorang but this is Japan ! huarghhhh ~

Kali ni line-up travelmates aku , sorang officemate aku (Syahin-kun) dan geng cuti aku yang dah berkali bercuti bersama (Hanif-san) . Biasalah , tempat jauh2 ni susah nak cari geng ramai , berapa yang ada tu kira dah bersyukur dah .

#BiaseBiaseJe . Alright , Ikuzo !~

Plan trip ni hampir setahun gak , beli tiket awal bulan 2 masa Air-Asia tengah promo . Kebetulan plak travelmates kata ok , so terus book . Asalnya , nak buat pergi Tokyo , balik Osaka . Tapi excited punya pasal , ter-submit pergi balik Tokyo . HAHAHA .

Macam biasalah perkara terawal akan dibuat iaitu beli tiket flight pergi-balik dan juga tempat tinggal dan selebihnya bulan2 yang mendatang , kumpul duit belanja .

Dalam tempoh hampir setahun , macam2 dugaan nak kumpul duit ni dengan Allah turunkan ujian yang paling besar sepanjang hidup aku dengan perginya seorang lelaki/insan yang bergelar ayah . Aku hampir bersedih sepanjang masa dan sering berimaginasi orang tua aku ada dirumah , mengingatkan kembali suara2 beliau menegur aku . I Miss You Dad ! Al Fatihah to my Dad , Abd Razak Bin M Ali (1953 - 2017) . Sedikit demi sedikit , hari semakin hari aku cuba tabahkan hidup aku , orang kata yang hidup kene teruskan hidup , jangan lupa amalan / ibadah dan doa untuk beliau  . So , Alhamdulillah aku semakin hari boleh terima dengan pemergian orang tua aku . Tapi , mana anak yang tak rindu kan ? mestilah rindu . Kalau boleh dipanjangkan doa kalau diizinkan bertemu dengan ayah aku dalam mimpi sebab aku nak minta maaf buat kali terakhir terhadap beliau atas kesalahan aku semasa beliau ada . But still , i will not forget to pray for you everyday dad !

...

Sedikit info tentang negara jepun time aku pergi ni :
Musim : Luruh / Autumn
Suhu : Day Actual Temp Average (15 celcius) dan Night Actual Temp Average (9 celcius)

Aku rasa aku tak perlulah nak bercerita satu-satu tentang aktiviti aku kat sana sebab most of places that i visited are famous tourist spots , so you know what to do right ? Cukup dengan itinerari yang aku bagilah kot (Entri Seterusnya) . Khas untuk panduan mengkome2 semua yang nak pergi kesana dan tak tahu mana nak pergi

Ps : beli rokok pun tulis juga , hahaha . korang bole exclude benda tu .

Dan macam biasa , lampirkan gambar kenangan di sana ! *clapclap


Salam Perpisahan Malaysia
Skyview from my seat @ Crossing Philippines Territory

Overnight at Airport

1st day journey to the apartment
Lunch at Saray Kebab, Asakusa

Dinner at Shinjukugyoen Ramen Ouka , Shinjuku

Standing at the middle of Shibuya Crossing
Standing at the in front of Takeshita Street , Harajuku

Long Fries, Oishii at Takeshita Street

The Cheapest souvenir shop in Takeshita Street 


the must taste crepe in Takeshita Street

Exclusive Stickers from Adidas Tokyo
at Sensoji Temple , Asakusa

Getting Hard Rock Tee Tokyo

Experience Tokyo Train like local !
Bridge of Kiyosumi Gardens . Beautiful !
Tokyo Skytree
Tokyo Camii Mosque
Tokyo Tower

At the high peak of Mt Kachi Kachi

Mt Kachi Kachi Bunny Trail

Feel the Autumn

At Kawaguchiko Station

Fuji-San !

at Ueno Park , Perfect Scene to capture the autumn

Gundam Statue at Odaiba

Beautiful Sculpture at Odaiba

Tryna catch epic picture when flight cross between those Buildings

Statue of Liberty at Odaiba

Rainbow Bridge at Odaiba

Kesimpulannya dan pendapat peribadi aku tentang trip Tokyo dan Jepun :
  1. Memang sebuah negara yang sarat dengan pelancong dari luar , paling banyak dari China
  2. Sejuk sangat baru musim luruh belum lagi musim sejuk .
  3. Public Transportation yang sungguh berguna untuk semua orang di Tokyo .
  4. Rata-rata kedai disini diorang terima cash , bukannye credit card melainkan butik2 , restoran mahal .
  5. Tempat yang bersih dan udara yang segar .
  6. Pakai kasut yang tapak die memang selesa sebab nak ronda satu tokyo ni makan hari atau minggu .
  7. A new level of human attitude . Memang perangai diorang ni patut diterapkan di Malaysia
  8. Orang jepun ni punctual .
  9. Pengalaman pertama menjejakkan kaki disini membuatkan aku nak datang lagi !

Akhir kata , 
また会いましょう! | See you again!Jumpa Lagi !









No comments:

Post a Comment