Ho !
Bertemu kembali dalam entri kali ini , Alhamdulillah panjang umur dan harap murah rezeki utk masa akan datang .
So , kali ini nak bercerita tentang percutian ke pulau redang . Memang dah nama hobi ni nk melancong , berjalan ke tempat orang , so cerita nya bercuti la yek ? hahaha .
Pertama kali jejak ke pulau redang ini so pengalaman dia adalah nafas baru . Percutian kali ini dirancang sepenuhnya bersama kawan-kawan sekerja (MEPS & MyClear) . Sekali lagi bersama mereka setelah Krabi Menjerit bulan Januari lepas . Kali ini meriah sikit sebab 8 orang turut serta bersama termasuk saya . "It will be fun tho , perhaps" .
Macam biasa la segala arrangement dilakukan oleh aku dalam percutian kali ini , sebab aku memang berminat untuk membuat segala peraturan untuk menambahkan ilmu didada ini . hahaha . Total Kasar aku habis sepanjang percutian ini ialah RM500 sahaja . Jom ~
Dimulakan dengan bismillah , kami bertolak daripada KL dengan dua buah kereta , kami ber-lapan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu untuk ke jeti Syahbandar bersebelahan dengan Pasar Payang, Kuala Terengganu yang famous tuh .
Day 1 (4th April 2016 > 5th April 2016)
Di Redang , kami ambik pakej dengan Redang Lagoon Chalet sendiri berharga (RM300 Seorang) termasuk tiket pergi-balik Jeti-Redang-Jeti , Makan selama 3 hari 2 malam , Tempat tinggal , dan pakej snorkelling . Murah dan menarik bukan ? boleh la google Redang Lagoon Chalet untuk maklumat lanjut sekiranya berminat di google .
Perjalanan bermula 10 malam , kami bertujuh iaitu Aku , Fahsha , Ilman , Wan , Syahin , Fikri dan juga Faruk bertolak daripada ofis kami untuk ke rumah faris untuk pick him up untuk ke redang . Selepas pick Faris , kami memulakan perjalan tapi sebelum itu berhenti makan dekat McDonalds Taman Melati sebagai hentian pertama kami .
|
Selfie selepas kenyang |
Kasi penuh dulu perut supaya tak meragam kat tengah2 perjalanan . Perjalanan yang dianggarkan 5jam bermula setelah makan . Perjalanan yang menuju ke pantai timur ini berhenti seketika di RnR Temerloh untuk berehat sementara .
|
Muka-Muka Ngantuk sebab kene berjaga malam |
Ok , teruskan perjalanan ! tup tap tup tap , akhirnya sampai ke kuala terengganu pada 4 pagi , terlebih dahulu kiteorg cari jalan masuk ke jeti sebab smua orang x pernah sampai ke jeti tersebut untuk tak kalut ketika nak berlabuh nanti . Cari tempat untuk berehat dan pilihan kami di Masjid dekat area2 pasar payang , ada yang tidur , ada yang main game (Fun Run 2) ramai2 , dan ada yang mandi .
Subuh pun berlalu , dan kami mula mencari lokasi pertama untuk breakfast ! lokasi berdekatan dengan kawasan masjid tempat kami berehat , kami pon menjamah tanpa banyak bunyi , makanan kat sni susah nk jumpe nasi lemak , roti canai , ala-ala menu breakfast kt KL sebab kebanyakan jual nasi dagang , Kerabu , dll . so menu aku ialah mee goreng + ayam percik + teh o ais . Harga dia biasa je xde mahal dan xde murah .
|
Makan Pagi Dulu |
|
Makan Pagi Dulu |
Setelah kenyang makan pagi , kiteorg pun berjalan menuju ke jeti syahbandar untuk berlepas ke pulau redang . Parking Lot Kereta disediakan dengan berharga RM6 sehari dan bayar ketika pulang nanti . Parking dan angkat barang untuk ke jeti . Jeti kami akan bertolak pada pukul 9 Pagi dan perjalanan dianggarkan 2jam untuk ke Pulau Redang . Lama bukan ?
|
Groufie sebelum bertolak |
|
Selfie-Selfie |
Touchdown Pulau Redang pukul 11 Pagi ! seronok tak terkata . lets go peeps !
|
Touchdown Redang |
|
Touchdown Redang Lagoon Chalet |
Check in setelah sampai di redang , tak la jauh mana chalet kami dengan tempat kami diturunkan jalan kaki tak sampai 5 minit . Dup dup dup , bilik pon not bad dan ada diantara kami dapat bilik yang kurang memuaskan spt , air aircond meleleh , tapi semua itu dibaiki cepat oleh pihak chalet . terbaik , setelah check in , kami salin baju , dan bersiap2 untuk makan dan snorkelling .
Check in sudah , Makan tengahari pon sudah , siap sedia untuk ber-snorkelling ! peralatan snorkelling harus lah sewa sebab tidak termasuk dalam pakej yang kami ambik , tak delah mahal mana , goggle dengan life Vest (RM20 seorang) selama 3 hari tempoh . Ok lah . Ok lets GO ~
|
Selfie |
|
Selfie |
|
Lokasi Pertama Snorkelling |
|
Selfie Dulu |
|
Habis Snorkelling |
Sejam je pun tak lama mana untuk aktiviti pertama di redang ni , tapi ok lah not bad . Pulang ke pulau untuk aktiviti free and easy sehingga malam untuk BBQ !
Tiba waktu malam , kami pon mandi dan bersiap sedia untuk BBQ . menu dia pon xbyk pilihan ada ayam , sotong katak , dan jugak ikan jaket . disebabkan aq alah makan ikan , ikan pertama skali aq tolak , so tinggal ayam dengan sotong . Pertama kali jugak makan sotong katak ni sebab dekat KL xpernah makan langsung dan aku xtahu masak camner . setelah beberapa kali cubaan dan rasa sendiri , rupanya bagi aq , sotong ni sedap makan separuh masak . tak tahu lah bagi orang lain sebab ad yang terlebih panggang , tapi keras . cubaan pertama xpe , lain kali tahu lah nak masak camner .
|
Makan Malam |
|
Makan Malam |
Itu sahaja untuk aktiviti sepanjang hari pertama ini , setelah BBQ dan kenyang , kami pulang ke bilik untuk riadah sesama sendiri dan tidur untuk hari kedua !
DAY 2 (6th April 2016)
Hari Kedua !
Makanan pagi disediakan seawal 7.30pagi oleh pihak restoran chalet dengan menu nasi lemak dan jugak roti bakar (roti bakar sendiri) . aku xmakan sangat nasi lemak sebab kejap lagi kol 9.30 nak snorkelling lagi , kenyang2 karang muntah . hahaha . Makan roti bakar je . bakar sendiri memang sedap la . sendiri nye perut .
Pulang dari Marine Park , kami terus balek ke chalet untuk menunggu waktu makan tengah hari . Nak bagi kredit sikit dekat tukang masak Redang Lagoon Chalet ni sbb sepanjang kami di sini , makanan die memang tak menghampakan , dan sedap . Camni lah baru recommended place , up dekat foursquare satu kali ~
So , petang tu ade lagi aktiviti snrokeling buat kali terakhir , tapi aq tidak menyertai sebab dah fed up dengan snorkelling , lepak santai dalam bilik tido . Hahaha . Ditambah pulak petang tu , jalan2 tepi pantai sepanjang redang tu , main drone , bergambar and main bola pantai , Its really fun btw .
Menjelang penutup hari ke dua , kami bersiap untuk makan malam dan melakukan aktiviti yang boleh dibuat sepanjang malam sebelum bergerak pulang keesokan hari nya .
DAY 3 (7th April 2016)
Hari yang paling orang tak suka jumpa kalau bercuti adalah hari berangkat pulang , so malam semalam agak lewat berhibur sampai bangun pon ade yang miss breakfast , macam aku xla , aq bangun sempat breakfast .
Makan , amik angin pantai , balik bilik , kemas barang2 , siap sedia untuk check-out . Rasa xnak balik pon ade tapi ape kan daya , kalu duit banyak aq dah beli pulau satu untuk aq duduk seberapa lama aku nak . ahahaha .
|
Selfie sebelum naik speed boat |
|
Selfie sebelum naik speed boat |
Ok , its time to go home . perjalanan dua jam dari redang ke jeti k.Terengganu dimana kami mula2 sampai untuk pergi ke redang sebelum ini . So long redang , moga ketemu lagi .
Sesudah sampai ke jeti kuala Terengganu kami meneruskan misi untuk amik angin kat sana .
Dimulakan dengan Pasar payang untuk membeli sedikit cenderahati untuk orang2 kat KL sana , ada yang membeli keropok lekor , keropok kering , dan lain2 .
|
Cikedut (rasa macam dadih je) |
|
Kuala Terengganu ! |
Selepas itu , perut pon naik lapar , kami berangkat meninggalkan kuala terengganu untuk sisa2 misi di sini , mencarik Sotong Goreng Tepung Pok Nong ! Hahaha . lets off !
Memang terbaik la makanan kat sni , sotong berharga paling maksimum RM16 sekor mengikut saiz sotong itu sendiri , selain itu terdapat udang , ikan jaket dan tidak dilupakan air kelapa dan ABC dia yang sungguh sedap , dah tinggal kan review dekat foursquare untuk pengunjung yang lain ingin berkunjung disana .
Well ~
|
Pok Nong ! |
|
Looks Delicious Isnt it ? |
Ok , Selepas kenyang , Alhamdulillah kami selamat bercuti dan meneruskan perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur dengan menutup buku untuk percutian kali ini .
Ringkasan :
Seronok sebenarnya , secara keseluruhan bercuti secara brkumpulan di tempat macam ni bole mendatangkan 1001 kenangan kelak . So , It's really fun 4 having a vacation with u guys , it was totally unforgettable .
Kredit kepada : Fahsha , Faruq , Wan , Fikri , Syahin , Ilman dan juga Faris . Best Dowwwhhh . See u guys next time . Insya Allah ~
No comments:
Post a Comment