kali ni nak citer psal krabi lagi . hahaha . ni masuk kali ke-5 da aq jejak krabi .
bukan sengaja nak pegi tempat yg sama banyak kali , tapi bawak orang yang tak pernah pergi ke sana lagi . Kali ini berbeza sikit dan kali pertama jugak aku pergi bercuti dengan rakan sekerja aku .
Nak merasa la bercuti dengan pelbagai orang , mana yang seronok dan tidak . lain orang , lain ragam . Hahaha .
Ok lah , tak nak cerita panjang lebar , kita teruskan dengan tajuk "the Fifth Krabi" kita ini .
Kali ini bajet aku tidak lah besar , aku hanya tukar 620MYR = 5000BHT sebagai ground cost aku kat krabi (masa itu , currency malaysia drop 100BHT = 12.18MYR , drop gile kan ?) . Memang sikit aku bawak sebab aku dah tiada apa2 yang nak dibuat disana , cuma teman diorang je, spend duit untuk makan minum dan aktiviti2 yang lain .
So here we go ~
Dirancang memang ramai , tetapi yang pergi hanyalah 5 orang + 1 orang luar (member opis bawak member dia) .
Alhamdulillah , akhirnya masa yang telah tunggu telah pon tiba , aku memulakan langkah awal dari office bersama wan ditemani oleh fahsha (sian die tak dapat nak pergi , sebab dah nak kahwin) .
18/01/2016 :
Kami bertolak dari bangsar south ke KLIA 2 pada 3.00 AM dan sampai ke 4.00AM macam tu .
Sesudah tiba di KLIA 2 , kami panggil ilman untuk meet up kami untuk berjumpa kawan2 lain yang dah sampai awal .
Tiba di KLIA 2 Dari Kiri : Ilman , Aku , Fahsha , Wan |
Flight 7 Pagi , makan mcd dulu isi perut yang belum breakfast lagi sebelum ke gate pelepasan .
Kali ini , tiket ke krabi pergi dan balik agak mahal pernah aku bayar (RM224) sebab sebelum ini smua bawah RM200 , tapi sebab nak bercuti punya pasal , tadahal , jalankan ajee .
Gate Pelepasan ! Dari Kiri Depan : Mawi , Wan , Syahin Dari Kiri Belakang : Aku , Faruq , Ilman |
Arrived at Krabi International Airport |
Tiba di Aonang ~
Mula2 sekali takut nak checkin sebab law checkin selalu nya pukul 12 keatas baru bole checkin , tapi disebabkan tiba sana awal dalam pukul 9 , kiteorang buat selamba pergi hotel yang kiteorang tempah tu dan nasib baik die kata bilik kiteorang dah ready . Seronok la , bole letak barang sebelum meranggi ke tempat lain . Semua dah letak barang , tuka baju bagai , kiteorang mengambil langkah ke pantai aonang . location hotel kiteorang ke pantai aonang tidaklah jauh mana , hanya dalam 100m rasanya .
Hotel kiteorang xde la mewah taraf 5 bintang , tapi sekadar selesa dari pelbagai aspek . lokasi berdepan McD AoNang iaitu Dream Garden Krabi . Boleh google kalu nak tahu , so far bole bagi 3.5/5 rating untuk hotel ni . tapi agak mahal la rate hotel ni semalam untuk pelancong budget macam kiteorang ni , total 3 malam disitu dalam (RM250) seorang / 3 bilik . kongsi 2 orang 1 bilik . mahal bukan ? hahaha apedahal , bedal kan aje .
Touchdown pertama di Krabi , Pantai AoNang |
Aktiviti Free n Easy sehingga la petang menjelma malam . Mandi2 , pastu sewa motor . macam biasa kene ad transport baru senang nak gerak kemana2 . Harga masih lagi macam biasa 200BHT/day . kiteorang amek 3 motor sbb naik double . Pergi ke street Fooodddddd aonang untuk makan malam , kawan2 lain smua puji makanan sana sedap , tetapi sesak dan meja makan susah nak dapat . malam pun makin larut , dan aktiviti selepas makan ialah berjalan disepanjang kedai2 di aonang untuk sightseeing dan book mana2 souvenir yang akan dikaut pada akhir percutian . sempat gak beli singlet untuk disarung pada aktiviti esok . Selepas itu , carik package phi-phi island untuk xtvt esok .
Masih menjadi pelanggan tetap dikedai yang sama dan harga masih lagi sama 1000BHT full day package cume bermula dari tahun 2016 , Thailand dah kene kan marine Tax untuk pelancong termasuk local citizen . 400BHT/pax . total untuk package ni ialah 1400BHT. Selepas itu berjalan sehingga letih dan balik ke hotel untuk tidur .
Day 2 (19/01/2016) :
Bangun awal ni , pukul 6 pagi , kejut semua orang , ada yang dah bangun dan ada yang blum . mandi2 , siap2 , dan berkumpul untuk pergi breakfast . Masih lagi ke kedai yang sama untuk breakfast .
Memang sedap breakfast kedai ni |
Kenyang pon sudah , masa untuk kembali ke hotel untuk tggu van sampai untuk bawak kiteorang ke jeti sebelum ke phi-phi island .
Selfie dulu ~ |
Sebelum Bertolak |
Sebelum Bertolak |
Atas Boat |
Phi-Phi Islands Tour |
Phi-Phi Islands Tour |
Phi-Phi Islands Tour |
Phi-Phi Islands Tour |
Phi-Phi Islands Tour |
View from the boat |
Snorkeling , Kekejaman seorang insan sempat dirakam |
Pulang Semula ke AoNang, Selesai Sudah |
Pulang Semula ke AoNang, Selesai Sudah |
Habis sudah the adventure of phi-phi islands . hahahaha . memang puas la kalau ditanya . dengan letih badan , dihantar semula oleh van sehingga di depan hotel , kami pon kembali rehat dan aktiviti free n easy sehingga malam .
Malam kali ni xmakan kat street food , nak cuba tempat lain plak , so destinasi kami adalah restoran anda . makan biasa2 dan harga agak mahal sedikit sebab sebelum ni xpernah try kedai ni pernah lalu je . makan je la , perut dah lapar teruk dah ni .
Selfie sebelum makan ! |
Day 3 (20/01/2016) :
Hari yang betul-betul free and easy . aktiviti melepak , tido sampai malam . ada yang pergi massage , ada yang dah start beli barang2 souvenir . Aku ? macam biasa lah , asalnya nak bawak diorang pergi emerald pool , elephant trekking , tapi diorang tak nak aku boleh buat ape . lantaklah , aku dah pernah pergi , korang xpernah pergi korang lah rugi . hahahaha . dan dan dan sampai ke malam , aktiviti terakhir sebelum pulang ke tanah malaysia , start motor maghrib tu , isi minyak bagi penuh , ke KRABI TOWN !
Tujuan nak pergi Krabi Town sebab nak makan malam dekat pasar malam krabi , bagi makan kedai lain2 la , xde la tempat yang sama kan ? lets go ~
To the Krabi Town |
To the Krabi Town |
To the Krabi Town |
Krabi Night Market |
Krabi Night Market |
Krabi Night Market |
Croksongcrueng , sedap gilerr ~ kene cuba di Krabi Night Market |
Croksongcrueng , sedap gilerr ~ kene cuba di Krabi Night Market |
Kedai nasi ayam menantu pilihan , kene datang sini baru tahu kenapa |
Day 4 (21/01/2016) :
Percutian hampir berakhir , dan sebelum bergerak ke airport , aku dan kawan2 yang lain pergi buat massage treatment untuk hilangkan rasa letih-letih badan . err , yang halal punya tau , betul-betul urut punye . hahahaha . aku amek package urut satu badan biasa berharga 300BHT .
12 PM waktu tempatan kami mulalah langkah terakhir di Aonang iaitu check-out dari hotel , selamat tinggal krabi , i will come again !
Selfie sebelum pulang |
Di Krabi Airport , goodbye |
Dalam Flight with stewardess |
Well , salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sebab bercuti itu adalah hobi dan pengalaman itu adalah pasti . hahaha . apa yang keruh semasa di krabi tu , campak saja dilautan , mula kan hidup baru dan kembali bekerja .
Akhir kata , krabi adalah tempat yang best untuk bercuti dan bercuti bersama rakan-rakan sekerja pon best gak sebab semua sekepala boleh buat huru-hara . Well guys , where are we going next ? Insya Allah .
Signing off ~